

Portal e-Learn Kolej Komuniti adalah medium dan instrumen ICT baru,terkini yang menyokong sistem Pembelajaran dan Pengajaran. Sistem ini dibangun dan diselenggara oleh Team.IDBMS dengan kerjasama Bahagaian Dasar Dan Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian Alumni dan Pengesanan Graduan, Bahagian Penilaian dan Peperiksaan, Unit eTech, serta Bahagian ICT, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.
Portal e-Learn ini masih dalam pembangunan dan percubaan. Proses tumpuan kepada program modular walaubagaimana pun sebagai pilot project; Program Pengajian Am (Bahasa Inggeris -ESP) dan Program Sijil Komputer dan Sokongan (SKS) serta beberapa unit pengurusan kolej di pilih menguji keberkesanan dan kelancaran sistem portal ini.
Pembangunan prototaip atau versi percubaan ini terbahagi kepada 5 fasa :-
|
Fasa
|
Proses
|
Impak
|
Tindakan / Sasaran
|
|
1
|
Pembangunan struktur portal dan penyediaan maklumat asas berkaitan dengan Kurikulum (Modular)
|
Portal asas eLearn boleh di akses di hosting sementara http://elearn.idbms.net dan http://azizol.com/elearning
|
Team iDBMS, Unit ICT serta JPKK
|
|
2
|
Proses latihan kepada penyelaras program, penggubal serta proses upload bahan-bahan PnP bagi program modular dan STB
(Level : Courses Creator)
|
Bahan PNP dan bahan serta maklumat berkaitan program berada dalam portal. Pengurusan serta standard dokumen berhasil
|
Sasaran : Ketua Program / Penyelaras Program / JPKK
Tindakan : Team.iDBMS / JPKK
|
|
3
|
Proses latihan penggunaan kepada pensyarah bagi program berkaitan serta proses ujilari setiap kompenan
(Level : Lecturer)
|
Semua pensyarah akan menggunakan daripada satu sumber maklumat yang telah disahkan oleh JPKK. Tiada petindanan/kekeliruan.
|
Sasaran : Ketua Program / Pensyarah Kursus / JPKK
Tindakan : Team.iDBMS / JPKK
|
|
4
|
Proses penilaian penggunaan dari segi sistem dan infrasturktur, penyediaan laporan dan cadangan kepada Bahagian Dasar dan Kurikulum serta Unit ICT, JPKK untuk tujuan peningkatan dan perluasan Sistem e-learn Kolej Komuniti
|
Proses mendapatkan kelulusan dan dasar penggunaan, pelaksanaan serta perluasan projek yang mana mempunyai implikasi Dasar, Peraturan dan kewangan.
|
Team iDBMS, Unit ICT serta JPKK
|
Fasa 5 dibuat secara berasingan tetapi seiring dengan pembangunan eLearnZone KK iaitu pembangunan bahan eLearnZone..samada diperingkat akademik mahupun pengurusan..